Ditulis oleh Wartawan Kita
KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) menyelar sikap “munafik” Umno yang kononnya hendak menjadi juara di dalam isu arak di Negari Selangor. Walhal selama ini, kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Umno-BNlah yang meng’halal’kan penjualan arak di selangor malah di seluruh Malaysia.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan pada sidang media yang diadakan selepas serahan memorandom mengenai isu arak di MBSA oleh DPPNS kepada Ronnie Liu di pejabatnya di tingkat 15 bangunan SUK petang semalam.
Perbincangan tentang isu ini telah berjalan selama dua jam bersama Ronnie Liu itu diketuai Timbalan Ketua Pemudanya, Ahmad Zaidy Abd Mutalib dengan menyerahkan memorandom sebagai desakan DPPNS terhadap insiden yang berlaku.
DPPNS menafi keras dakwaan exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin bahawa PAS akan menganjurkan demo di Masjid Negeri Selangor hari ini.
Memetik kenyataan tersebut, DPPNS berkata, mereka tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini. DPPNS menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut.
DPPNS melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini.
"Ia jelas bertujuan untuk melaga-lagakan kesatuan dan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat apabila Umno kononnya sanggup berdemonstrasi untuk membantah tindakan YB Ronnie Liu," petik kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa punca utama masalah ini ialah apabila Umno yang memerintah Selangor semenjak 52 tahun lalu dengan sengaja membiarkan arak dijual secara berleluasa.
Bahkan, di Selangor sendiri terdapat dua buah kilang arak yang besar yang terletak di kawasan penduduk Melayu. Ternyata slogan ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’ yang dilaung-laungkan oleh Umno selama ini adalah palsu semata-mata.
Dalam masa sama DPPNS mencabar Umno melakukan bantahan dan tindakan yang serupa terlebih dahulu ke atas negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno (BN) sekiranya mereka ingin menfikan yang mereka bukan bermuka-muka dan munafik dalam isu penjualan arak ditempat terbuka ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam sejahtera, kita dilahirkn agar menjadi insan yang baik, sebahagian besar identiti lahir dari lidah. maka ungkapkanlah perkataan yg baik-baik.