Selamat Datang ke Blog Matatech

Sabtu, 19 September 2009

Adillkah kerajaan kepada pesara tentera?

MULAI Januari 2009, semua pesara tentera dan polis menerima kenaikan pencen berdasarkan jumlah tahun perkhidmatan. Terima kasih kepada kerajaan kerana menyemak semula kadar pencen tersebut.
Memang diakui tiap-tiap kenaikan atau apa-apa jua yang dilakukan oleh kerajaan tidak akan memuaskan hati semua pihak. Bagaimanapun ketidakpuasan hati itu kadang kala ada kewajaran.
Kenaikan pencen dikira berdasarkan jumlah tahun perkhidmatan seseorang pesara. Lebih lama tempoh khidmatnya, lebih banyak kenaikan yang diterima.
Apabila diteliti kenaikan pencen ini, ternyata menguntungkan pesara-pesara polis kerana rata-rata anggota polis berkhidmat tidak kurang dari 25 tahun.
Amat malang dan mendukacitakan bagi para pesara tentera kerana kebanyakan mereka berkhidmat selama 21 tahun (tidak ada kenaikan).
Persaraan anggota tentera peringkat rendah ada empat kategori. Pertama, mereka yang bersara setelah berkhidmat 21 tahun tersangatlah 'ramai'.
Bersara setelah berkhidmat (21+1) 22 tahun adalah 'tidak ramai'.
Manakala mereka yang bersara setelah berkhidmat 23 atau 24 tahun pula 'jarang-jarang' ditemui.
'Kadang-kadang' baru kita boleh temui mereka yang bersara setelah berkhidmat lebih 25 tahun.
Sepatutnya jika kerajaan memberi kenaikan pencen hendaklah mengikut peratus.
Adakah pesara-pesara tentera yang berkhidmat selama 21 tahun semasa mereka berkhidmat dahulu membuat kerja yang ringan sahaja berbanding mereka yang berkhidmat melebihi 25 tahun?
Atau adakah mungkin mereka yang berkhidmat 21 tahun (yang pencen tidak naik) dapat membeli barang-barang keperluan jauh lebih murah selepas kenaikan ini?
Jikalau inilah keistimewaannya, maka kenaikan ini tidak akan dipertikaikan.
Kepada kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab menyemak kenaikan pencen pesara-pesara tentera, kami, pesara-pesara yang berkhidmat 21 tahun berasa sangat tidak puas hati. Kami seolah-olah dipinggirkan.
Dibandingkan dengan mereka yang menerima pencen terbitan mulai Januari 2009 telah diberi pencen penuh, yang mana sebelumnya telah dipotong 30 peratus (apabila pesara telah menerima pencen selama 12 tahun 6 bulan).
Jika sekiranya pencen mereka di bawah RM700, diberi kenaikan menjadi RM720.00 (termasuk mereka yang menerima pencen perkhidmatan).
Jika mereka ini mendapat kenaikan kenapa pula pesara-pesara tentera (perkhidmatan 21 tahun) tidak berhak menerima kenaikan?
Jika kerajaan hendak juga memberi kenaikan pencen kepada pesara-pesara tentera mengikut perkhidmatan, jumlah perkhidmatan hendaklah dikira penuh selama 30 tahun. Ini kerana anggota-anggota tentera semasa berkhidmat mereka bertugas 24 jam berbanding dengan perkhidmatan awam hanya bertugas lapan jam sehari.
Kiraan kenaikan pencen mengikut jumlah tahun perkhidmatan tidak sepatutnya dilakukan kerana semasa bersara dahulu kiraan pembayaran saguhati telah dikira mengikut jumlah tahun perkhidmatan.
Kenapa pula setelah kami bersara berbelas-belas atau berpuluh-puluh tahun, kenaikan pencen masih mengikut jumlah tahun perkhidmatan?
Demi keadilan, pihak kerajaan diharap dapat mempertimbangkan semula kenaikan pencen bagi pesara-pesara tentera mengikut peratus, juga diasingkan dengan perkhidmatan awam.
PESARA ATM

6 ulasan:

  1. Tuan...
    Salam dan Selamat hari Aidil Fitri...

    Beginilah nasib kita bekas Angkatan tentera.. Saya berkhidmat betul-betul 21 tahun, kecuali dari khidmat agung.. tak larat nak berkhidmat dengan suasana hari-hari nak bertekak dgn pegawai-pegawai atasan, lainlah kalau kita ni kaki bodek, Yes Sir...memang betui seperti yang saudara katakan.. Apa pun saya terima dengan redhanya,, kalau nak kira keadilan dalam kerajaan bukan berdasarkan Islam memang tiada... itu lah yang dapat saya kata.. apapun rezeki dari Allah, bukan dari mereka.. Insyaallah..

    BalasPadam
  2. Tentera la ni bukan ada kerjo. Hayun sini hayun sana. Si Navy tu ..... kapal pun boleh terbakar . Hampar jaga apa. Hampar ingat kapal dua tiga kupang ke ? Gaji nak lebih Pencen nak lebih. Masa dalam perkhimatan dema le yang hebat. Beli kereta mewah. Prebat pun pakai kereta Wajar,Vios,Satria Neo. Naik sarjan pakai kereta baru le, Pesona, Ezora, vios,grand lavina, ada juga yg pakai Honda panjang tu harga nya RM 150 K.... Bila pencen terguling. Hampar boleh mai kat TLDM Base dok kat gate tu hampar catat tengok kereta kereta yg keluar.Hampar tak jumpa le saga lama. Yang dok pakai saga lama tu kakitangan awam.

    BalasPadam
  3. PESARA YANG PENCEN BAGI TAHUN BAWAH 1994, BERBEZA DENGAN PENCEN SELEPAS 1994...100% BERBEZA MISALNYA KALAU SARJAN PENCEN RM800(SEBELUM 94), KALAU SELEPAS 94 PULA RM1600...INI YANG BUATKAN PESARA BAWAH PARAS MISKIN..PESARA YG INI PON BUKAN NAK HIDUP LAME LAGI..MAJORITINYA DAH UMO 60 TAHUN KE ATAS...

    BalasPadam
  4. man dego....apa benda ko cakap ni..... aku ni bukan tentera pon terasa terhutang budi dengan depa tentera ni.... kau patut terima kasih sebab dapat raya dapat tido nyenyak sedangkan depa raya dalam operasi kat tengah laut...ko tido mereka dok terjaga.....kalau yeee pon ko taknak sokong mereka dok diamm je lah.

    BalasPadam
  5. Kerajaan Kini MEMANGNYA TAK ADIL..... APA YANG KORANG CAKAP dia buat senyap je....dia "play safe" orang putih kata. Orang melayu kata duduk diam diri je. Ko hantar la surat kat PM dia pon buat senyap je. Kau tulis la dalam blog 1 malaysia yang bongok dan pembohong tu ....dia pun buat tatau je. Dia buat tatau sebab korang cakap tu betul. Cuba korang cakap salah..... dia baling korang dengan hammer 180 lbs.

    BalasPadam
  6. salam.apa yg saya perhatikan rata-rata yg mengeluh khidmat 21th.kenepa tk buat 22th.selesai masalah.
    sy PW B TUDM buat 22th.pencen tk masalah.bukan payah buat 22th tk kena isi borang apa-apa pun.publish orders je.
    yg satu lagi masalah malas nak gi kursus.lambat naik pangkat.kalau dah malas nak kursus gaji pun malas nak naik.pencen pun juga macamtu.
    nasihat saya buat teman tentera semua rajin2 pi kursus nanti naik pangkat .pencen pun byk sikit.

    BalasPadam

Salam sejahtera, kita dilahirkn agar menjadi insan yang baik, sebahagian besar identiti lahir dari lidah. maka ungkapkanlah perkataan yg baik-baik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Senarai Blog Matatech