Selamat Datang ke Blog Matatech

Isnin, 10 Ogos 2009

Pemerintahan Umno Punca Masalah Arak – Pemuda PAS Selangor

Ditulis oleh Wartawan Kita

YB Ronnie Liu menerima memorandum daripada Dewan Pemuda PAS Selangor

KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) menyelar sikap “munafik” Umno yang kononnya hendak menjadi juara di dalam isu arak di Negari Selangor. Walhal selama ini, kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Umno-BNlah yang meng’halal’kan penjualan arak di selangor malah di seluruh Malaysia.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan pada sidang media yang diadakan selepas serahan memorandom mengenai isu arak di MBSA oleh DPPNS kepada Ronnie Liu di pejabatnya di tingkat 15 bangunan SUK petang semalam.
Perbincangan tentang isu ini telah berjalan selama dua jam bersama Ronnie Liu itu diketuai Timbalan Ketua Pemudanya, Ahmad Zaidy Abd Mutalib dengan menyerahkan memorandom sebagai desakan DPPNS terhadap insiden yang berlaku.
DPPNS menafi keras dakwaan exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin bahawa PAS akan menganjurkan demo di Masjid Negeri Selangor hari ini.
Memetik kenyataan tersebut, DPPNS berkata, mereka tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini. DPPNS menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut.
DPPNS melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini.

"Ia jelas bertujuan untuk melaga-lagakan kesatuan dan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat apabila Umno kononnya sanggup berdemonstrasi untuk membantah tindakan YB Ronnie Liu," petik kenyataan tersebut.
Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa punca utama masalah ini ialah apabila Umno yang memerintah Selangor semenjak 52 tahun lalu dengan sengaja membiarkan arak dijual secara berleluasa.
Bahkan, di Selangor sendiri terdapat dua buah kilang arak yang besar yang terletak di kawasan penduduk Melayu. Ternyata slogan ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’ yang dilaung-laungkan oleh Umno selama ini adalah palsu semata-mata.
Dalam masa sama DPPNS mencabar Umno melakukan bantahan dan tindakan yang serupa terlebih dahulu ke atas negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno (BN) sekiranya mereka ingin menfikan yang mereka bukan bermuka-muka dan munafik dalam isu penjualan arak ditempat terbuka ini.

Hentikan penglipurlara tujuh wasiat raja Melayu

FM gemasuara
Hentikan penglipurlara mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu selagi tidak ada keberanian menuntut institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri."Membangkitkan perkara itu hanya menjadi bahan gelak ketawa sahaja jika tidak berani bersuara sepatah pun supaya institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri. "Kalau benar mahu menghentikan rasa tidak puas hati orang-orang Melayu, tuntut supaya peneraju-peneraju institusi-institusi yang dilihat sebagai institusi orang-orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera dilantik sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab secara langsung kepada Jawatankuasa Parlimen,"Pihak yang membangkitkan penglipurlara tersebut hakikatnya melakukan kerja sia-sia kerana setelah 52 tahun Umno menerajui pemerintahan negara ini."Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri-ciri asal,""Siapa boleh melupakan kenyataan (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) terhadap Islam?"Pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".Pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
"Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.
"Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".
Kalau ajaran Islam yang paling tinggi di hati orang-orang Melayu pun dihina, tidak perlu ada sebarang percubaan untuk membuai orang-orang Melayu dengan isu-isu tanah rezab Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.
"Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995? "Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar,"Tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu. "Lebih baik bercakap tentang gerakan bersama untuk menuntut usaha intensif bagi mewujudkan pusat-pusat pengajian termasuk pusat-pusat tinggi kepada orang-orang Melayu,"
Posted by MahfuzOmar at 7:23 PM
7 Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu .
2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Jumaat, 7 Ogos 2009

Inkues Teoh: Darah di ruang tangga?

Malaysiakini

Adrew Ong Aug 7, 09 6:17pm
Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.Ini kerana kesan, yang mungkin darah, ditemui di ruang tangga dari tingkat 14 - pintu masuk utama ke pejabat SPRM - ke tingkat 15 pejabat tersebut.Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut.Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15."Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut."Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut," kata Lim.Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu."Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim yang juga ahli parlimen Segambut.

Nak hilangkan boring, he he...

Isnin, 3 Ogos 2009

Kenapa Dato’ Hasim Rusdi EXCO kerajaan Negeri Sembilan tak datang?

Saya adalah salah seorang daripada jemputan untuk kemajlis Perasmian Surau Rumah Rakyat Bt 7 yang dipersilakan sendiri untuk menjadi tetamu oleh Pengerusi rumah rakyat tersebut bagi memeriahkan lagi majlis perasmian. Upacara perasmian berjadual dijalankan pada jam 1800H atau 6.00 petang, 1 Ogos 2009 bersamaan hari sabtu bertempat di Surau Rumah Rakyat Batu 7 .
Tentatif program adalah seperti berikut:
5:50 Ptg - Ketibaan para jemputan.
6:10 Ptg - Ketibaan YB Dato’ Hasim bin Rosdi ADUN Labu /EXCO kerajaan Negeri Sembilan.
6:10 Ptg - Jamuan Ringan.
6:15 Ptg - Ucapan Pengerusi Majlis.
6:30 Ptg - Ucapan Pengerusi Rumah Rakyat Batu7.
6:50 Ptg - Ucapan YB Datu’ Hasim bin Rusdi - Merasmikan Surau.
7:26 Ptg - Solat Maghrib
7:40 Ptg - Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa.
8:40 Mlm - Solat Isyak.
9:00 Mlm - Makan.

Apa yang terkilan dan dapat dilihat dari raut wajah walau bukan dengan hemburan perkataan bagi penduduk rumah rakyat batu 7 Labu adalah ketidakhadiran ADUN labu bagi menyempurnakan Perasmian Surau tersebut. Mungkin saya dianggap seorang pengkritik ahli politik, secara jujur tanggapan itu adalah jauh dari sudut hati dan kemahiran itu tiada pada saya. Pada saya persoalan utama yang ingin di usulkan adalah pengorbanan Pengerusi ,AJK2 serta penduduk yang telah bertungkus-lumus bagi kelancaran perlaksanaan majlis ini disempurnakan semata-mata atas alasan kehadiran YB Dato' Hasim (ADUN Labu).
Bagi kaum lelaki acara membersih, mengemas, mengecat , membentang permaidani dan sebagainya telah dijalankan secara bergotongroyong selama satu minggu sebelum perasmian dijalankan. Ia tidak termasuk soal pentadbiran mengeluarkan surat-surat jemputan menyediakan plak untuk tandatangan YB, imam dan sebagainya. Bagi kaum wanita pula sekurang-kurangnya 2 hari diambil bagi persediaan mensajikan jamuan ringan dan makan malam(kenduri) perasmian beserta majlis tahlil. Ini melibatkan modal yang sikit berlebihan berbanding majlis kenduri tahlil yang biasa diuruskan. Kita boleh lihat betapa bersungguhnya mereka menjalankan tugas tanpa rasa penat dan lelah .
Bayangkan ini semua adalah untuk menyambut YB Dato’ Hasim Rusdi yang akan datang untuk menyempurnakan perasmian disamping Ketua Kampung pasir putih diantara jemputan yang hadir.
Pada jadual hari perasmian saya tiba agak lewat iaitu jam 6:00Ptg namun ketika itu penduduk masih lagi membuat persediaan terakhir, lalu saya keperkarangan surau bersalaman dengan semua orang dan masuk kedalam bagi melihat apa2 yang perlu diperkemaskan sambil menunggu ketibaan YB. Penduduk menunggu hampir jam 7 malam sebelum berita mengecewakan diterima daripada setiausaha majlis dimana YB belum boleh menghadirkan diri kerana tidak habis mesyuarat lagi. Oleh yang demikian acara pun diteruskan. Jamuan ringan yang sepatutnya dijadualkan pada jam 6:10 ptg dibawa kepada jam 7 malam tanpa ada sebarang ucapan atau perasmian. Namun pihak majlis masih menyimpan 1 dulang makanan dengan harapan YB akan datang sebentar lagi sebelum majlis bersurai, sementara itu majlis diteruskan juga mengikut tentatif program. Sehinggalah majlis bersurai , YB yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Adakah wajar perkara ini berlaku.
Mujur tiada wartawan Sinar dijemput pada majlis ini. Saya berpendapat bahawa sekiranya YB tidak dapat menghadirkan diri, sekurang-kurang nya hantarlah seorang wakil bukan dibiarkan begitu sahaja tanpa perasmian. Jika ia berlaku dimasjid negeri mukin boleh dimaafkan kerana kerana jawatankuasa disana lebih intelek boleh mengimbangi tanggapan2 yang negetif tidak seperti dikampung2 yang cenderung kepada telahan2 negetif akibat kurang infomasi. Yang kecil jangan dipandang ringan dan yang besar jangan dipandang berat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Senarai Blog Matatech