Selamat Datang ke Blog Matatech

Isnin, 3 Ogos 2009

Kenapa Dato’ Hasim Rusdi EXCO kerajaan Negeri Sembilan tak datang?

Saya adalah salah seorang daripada jemputan untuk kemajlis Perasmian Surau Rumah Rakyat Bt 7 yang dipersilakan sendiri untuk menjadi tetamu oleh Pengerusi rumah rakyat tersebut bagi memeriahkan lagi majlis perasmian. Upacara perasmian berjadual dijalankan pada jam 1800H atau 6.00 petang, 1 Ogos 2009 bersamaan hari sabtu bertempat di Surau Rumah Rakyat Batu 7 .
Tentatif program adalah seperti berikut:
5:50 Ptg - Ketibaan para jemputan.
6:10 Ptg - Ketibaan YB Dato’ Hasim bin Rosdi ADUN Labu /EXCO kerajaan Negeri Sembilan.
6:10 Ptg - Jamuan Ringan.
6:15 Ptg - Ucapan Pengerusi Majlis.
6:30 Ptg - Ucapan Pengerusi Rumah Rakyat Batu7.
6:50 Ptg - Ucapan YB Datu’ Hasim bin Rusdi - Merasmikan Surau.
7:26 Ptg - Solat Maghrib
7:40 Ptg - Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa.
8:40 Mlm - Solat Isyak.
9:00 Mlm - Makan.

Apa yang terkilan dan dapat dilihat dari raut wajah walau bukan dengan hemburan perkataan bagi penduduk rumah rakyat batu 7 Labu adalah ketidakhadiran ADUN labu bagi menyempurnakan Perasmian Surau tersebut. Mungkin saya dianggap seorang pengkritik ahli politik, secara jujur tanggapan itu adalah jauh dari sudut hati dan kemahiran itu tiada pada saya. Pada saya persoalan utama yang ingin di usulkan adalah pengorbanan Pengerusi ,AJK2 serta penduduk yang telah bertungkus-lumus bagi kelancaran perlaksanaan majlis ini disempurnakan semata-mata atas alasan kehadiran YB Dato' Hasim (ADUN Labu).
Bagi kaum lelaki acara membersih, mengemas, mengecat , membentang permaidani dan sebagainya telah dijalankan secara bergotongroyong selama satu minggu sebelum perasmian dijalankan. Ia tidak termasuk soal pentadbiran mengeluarkan surat-surat jemputan menyediakan plak untuk tandatangan YB, imam dan sebagainya. Bagi kaum wanita pula sekurang-kurangnya 2 hari diambil bagi persediaan mensajikan jamuan ringan dan makan malam(kenduri) perasmian beserta majlis tahlil. Ini melibatkan modal yang sikit berlebihan berbanding majlis kenduri tahlil yang biasa diuruskan. Kita boleh lihat betapa bersungguhnya mereka menjalankan tugas tanpa rasa penat dan lelah .
Bayangkan ini semua adalah untuk menyambut YB Dato’ Hasim Rusdi yang akan datang untuk menyempurnakan perasmian disamping Ketua Kampung pasir putih diantara jemputan yang hadir.
Pada jadual hari perasmian saya tiba agak lewat iaitu jam 6:00Ptg namun ketika itu penduduk masih lagi membuat persediaan terakhir, lalu saya keperkarangan surau bersalaman dengan semua orang dan masuk kedalam bagi melihat apa2 yang perlu diperkemaskan sambil menunggu ketibaan YB. Penduduk menunggu hampir jam 7 malam sebelum berita mengecewakan diterima daripada setiausaha majlis dimana YB belum boleh menghadirkan diri kerana tidak habis mesyuarat lagi. Oleh yang demikian acara pun diteruskan. Jamuan ringan yang sepatutnya dijadualkan pada jam 6:10 ptg dibawa kepada jam 7 malam tanpa ada sebarang ucapan atau perasmian. Namun pihak majlis masih menyimpan 1 dulang makanan dengan harapan YB akan datang sebentar lagi sebelum majlis bersurai, sementara itu majlis diteruskan juga mengikut tentatif program. Sehinggalah majlis bersurai , YB yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Adakah wajar perkara ini berlaku.
Mujur tiada wartawan Sinar dijemput pada majlis ini. Saya berpendapat bahawa sekiranya YB tidak dapat menghadirkan diri, sekurang-kurang nya hantarlah seorang wakil bukan dibiarkan begitu sahaja tanpa perasmian. Jika ia berlaku dimasjid negeri mukin boleh dimaafkan kerana kerana jawatankuasa disana lebih intelek boleh mengimbangi tanggapan2 yang negetif tidak seperti dikampung2 yang cenderung kepada telahan2 negetif akibat kurang infomasi. Yang kecil jangan dipandang ringan dan yang besar jangan dipandang berat.

3 ulasan:

  1. hahahahha padan muka ekau semua kono tipu kat YG HAsim Rusdi tu ,,,,, Angah Azman apo kobar nyo hahahhahahahha,,,,,,,,, kalau jumpo angah Azman kirim salam kat dio,,,,,

    BalasPadam
  2. As salam. Berapa harga rumah rakyat batu 7 Labu sekarang ya?

    BalasPadam
  3. Sinar Harian hari ini 18 Disember 2013. PANTAU HAIWAN LIAR. Saya salah seorang penduduka Kg Batu 10 Labu, bukan sahaja masalah babi hutan, anjing-anjing liar yang tidak bertuan JUGA masalah kerbau-kerbau yang bertuan tetapi dilepaskan berkeliaran waktu malam memasuki kebun-kebun dan merosakan tanam-tanaman. Kepada siapa hendak diadukan. Penternak kerbau ini memang pentingkan diri. Kerja mudah membiarkan kerbau makan dikebun kebun orang. Kadang-kadang bila diikutkan hati mahu diracunkan kerbau-kerbau ini. Rasionalnya kerbau itu tidak bersalah tetapi tuan kerbau ini patut dihukum. YB kena fikir juga masalah-masalah ini. Nak jaga hati pengundi kena jaga semua penternak kerbau dan juga orang kampung. .

    BalasPadam

Salam sejahtera, kita dilahirkn agar menjadi insan yang baik, sebahagian besar identiti lahir dari lidah. maka ungkapkanlah perkataan yg baik-baik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Senarai Blog Matatech