Selamat Datang ke Blog Matatech

Selasa, 21 Julai 2009

Tembok Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) runtuh.

Harakah
Faiz Abdullah Mon Jul 20, 09 10:09:56 am MYT
LABU, 20 Julai (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Senawang, P.Gunasekaran, kesal kerana keselamatan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) sebuah sekolah berasarama penuh di kilometer 11, Jalan Labu, diabaikan apabila tembok pagar sekolah tersebut telah runtuh.
Menurut Gunasekaran beliau telah meninjau keadaan tembok pagar yang runtuh ini dan beliau telah menghantar surat aduan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bertarikh 3 Julai 2009.
Gunasekaran juga berkata salinan surat aduan tersebut juga telah dihantar kepada ADUN Labu, Dato' Hasim Rusdi; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato' Abdul Halim Abdul Latif dan kepada Jabatan Kerjayaraya Negeri Sembilan.
Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil oleh mana-mana pihak atau kerja pembaikan telah dilakukan.
" Tembok pagar sekolah yang runtuh ini menghadap laluan utama iaitu Jalan Labu, tapi saya berasa hairan bagaimana ADUN Labu yang sering menggunakan laluan utama ini tidak peka dengan keadaan tembok pagar runtuh ini?
" Yang paling mengecewakan ialah, beliau juga merupakan EXCO kerajaan Negeri Sembilan dan tidak mengambil sebarang tindakan sehingga ke hari ini," katanya.
Gunasekaran mengulas bahawa dengan tembok pagar yang runtuh ini, keselamatan pelajar sekolah dan harta benda sekolah sendiri berada dalam keadaan bahaya.
" Tembok yang telah runtuh ini sudah pasti memudahkan penjenayah untuk memasuki kawasan sekolah dan asrama Sekolah Agama ini.
" Keselamatan pelajar yang tinggal didalam asrama juga berisiko apabila keadaan tidak sempurna ini akan mengundang pelbagai anasir jenayah dari luar kawasan sekolah", kata Gunasekaran.
Sehubungan itu Gunasekaran meminta pihak yang bertanggungjawab segera membaiki tembok pagar yang runtuh ini sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. - azm _

Ahad, 12 Julai 2009

Oh la la

Oh là là - US President snapped checking out delegate's bum!
He may be the world’s most powerful man but even Barack Obama is not immune to the charms of a nice bottom!
Obama and Merkel
Does Barack have aproblem with Angela?
At the G8 summit in Italy, he was snapped apparently checking out the perfect curves of a young lady.
And French President Nicolas Sarkozy (54) was looking on in amusement… Oh là là, Monsieur le Président!
So who was the lady in red who caught the eye of Obama - or should that be O-BUM-a?
Her name is Mayora Tavares, she is 16 and she comes from Brazil.
Mayora was at the G8 summit in Italy as part of the J8 – a group of 53 people aged between 14 and 17 who have been meeting in Rome since the start of the week. The group were there to discuss how the lives of young people around the world can be improved.
After they presented their results and ideas on Thursday to their senior counterparts, the delegates had a group photo with them when Obama (47) was snapped.
But now Mayora has found herself at the centre of 'O-bum-a-gate', the 'did he or didn't he' question that is causing controversy around the world.
Video evidence has thrown doubt on the fact that Barack Obama was checking her out. But it now doesn't look good for President Sarkozy...

Sabtu, 11 Julai 2009

Dr M: Isu banglo Khir boleh jejas moral Umno, BN

Jul 10, 09 5:54pm
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kontroversi banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, boleh menjejaskan moral Umno dan BN.Sehubungan itu beliau menggesa Dr Mohd Khir supaya menjelaskan punca pembiayaan rumah beliau yang dikatakan bernilai RM24 juta itu. "Beliau perlu menjelaskan di mana beliau memperoleh wang... tak bolehlah kata RM3 juta. Saya pun ada rumah juga, rumah saya RM1 juta saya belanja di The Mines, rumah dia berapa kali besar daripada (rumah) saya," katanya. Sebelum ini, ADUN DAP Sekincan, Ng Suee Lim membangkitkan isu pembelian dua lot tanah serta sebuah banglo mewah di Seksyen 7, Shah Alam oleh Dr Mohd Khir Toyo yang didakwanya berharga RM24 juta.Media memetik Ng mendakwa jumlah itu tidak mungkin mampu dibiayai Dr Mohd Khir melalui pendapatannya selama lapan tahun menjadi menteri besar.Bekas menteri besar Selangor itu, ketika diminta mengulas mengenainya, mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo mewah terbabit tetapi dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti yang didakwa oleh Ng.

Jumaat, 10 Julai 2009

Mahathir: 100 hari Najib 'lebih banyak negatif'


Muda Mohd Noor Jul 10, 09 12:26pm
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok.Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.Bercakap selepas program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia", Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam." Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirin.

Syabas Selangor

di sini

Pemansuhan PPSMI jimat kos RM40 juta

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang berkuat kuasa 2012, mampu menjimatkan perbelanjaan kira-kira RM40 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi.
Beliau berkata sebelum ini, perbelanjaan itu adalah untuk menampung elaun tambahan atau Bayaran Insentif Subjek Penting (BISP) yang diberikan kepada guru-guru mengajar subjek Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan, iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka berkelulusan diploma.
Ia diberikan kepada guru-guru untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk meningkatkan kemahiran dalam bahasa Inggeris tetapi guru-guru masih tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Beliau diminta menjelaskan lanjut mengenai pengumuman pemansuhan PPSMI oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran semalam. PPSMI juga diganti dengan strategi memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
Dr Puad berkata adalah lebih baik peruntukan itu disalurkan kepada proses penterjemahan buku-buku rujukan ke dalam bahasa Melayu supaya ia dapat memperkasakan pelajar dalam pembelajaran mereka.
"Kita juga mempunyai keupayaan dan pakar-pakar di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang mampu berbuat demikian," katanya.
Setakat ini, terdapat 61,040 guru sekolah rendah dan 26,389 guru sekolah menengah yang mengajar subjek Matematik dan 46,946 guru sekolah rendah dan 25,781 guru sekolah menengah yang mengajar subjek Sains di seluruh negara.
Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ke-47 di Seri Kembangan dekat sini, Dr Puad berkata dalam mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, kerajaan memperuntukkan hampir RM5 bilion selain memerlukan 13,933 guru subjek itu.
Beliau berkata Kementerian Pelajaran akan mengambil langkah memastikan guru-guru untuk mengajar subjek itu mencukupi khususnya di pedalaman termasuk menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta untuk menggunakan khidmat siswazahnya menjalankan latihan amali di sekolah-sekolah.
Sementara itu, Pengerusi ITNM Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata ITNM menyambut baik keputusan memansuhkan PPSMI dan berharap polemik mengenainya dihentikan.
Beliau berkata Malaysia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman Jepun, Korea, Jerman, Perancis, China dan negara-negara Scandinavia yang menggunakan bahasa pertama atau bahasa nasional untuk menyampaikan ilmu di peringkat asas terutamanya Sains dan Matematik.
Dr Wan Hashim berkata negara-negara itu masih mampu memacu ke hadapan dengan pembangunan dan kemajuan dalam semua bidang.
Beliau juga berkata ITNM akan meneruskan usaha dalam menyediakan keperluan bagi melengkapkan prasarana khususnya untuk kemudahan pembelajaran di semua peringkat akademik.
Di KOTA KINABALU, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri pula berkata tindakan kerajaan menilai semula kaedah menerapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dengan memperkenalkan unsur baru yang lebih praktikal dan berkesan merupakan tindakan bijaksana dan melambangkan fleksibiliti.
"Dasar kerajaan bukanlah sesuatu yang statik dan tidak boleh diubah. Kerajaan akan sentiasa sensitif kepada pandangan pelbagai pihak dan perubahan dibuat setelah mengambil kira penilaian dan kajian objektif terhadap isu tertentu tersebut.
"Bagaimanapun, usaha memperkukuhkan bahasa Inggeris sebagai bahasa lingua franca ilmu tidak patut diabaikan sama sekali kerana dalam dunia globalisasi masa kini, kegagalan menguasai bahasa ilmu akan membataskan penguasaan ilmu dan mengehadkan keupayaan khususnya pelajar luar bandar bersaing," katanya kepada Bernama.
Ketua Pergerakan Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin pula berkata pemansuhan PPSMI wajar dibuat jika pelaksanaannya gagal mencapai matlamat.
Beliau yakin keputusan itu dibuat setelah kerajaan meneliti PPSMI daripada pelbagai aspek akademik dan mengkajinya secara mendalam.
Di KOTA BAHARU, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik keputusan Kabinet menghapuskan PPSMI dan bersetuju dengan strategi baru kerajaan Pusat untuk memartabatkan bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Kabinet yang menghapuskan PPMSI, tapi sepatutnya dah lama (laksanakan)," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita di pejabatnya.
Menurutnya beliau mahu bahasa Melayu tetap dimartabatkan sebagai bahasa ibunda manakala bahasa Inggeris tetap menjadi asas rujukan menerusi kaedah pembelajaran melalui subjek tertentu. BERNAMA

Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI dimansuh, Sains dan Matematik dalam BM, bahasa ibunda pada 2012

PUTRAJAYA: Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia manakala di SJK Cina dan Tamil akan dikendalikan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan tersebut akan mula dikuat kuasa pada 2012.
"Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula tahun 2012.
"Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi," katanya pada sidang media khas di Kementerian Pelajaran semalam.
Jelas Muhyiddin, Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
Katanya, strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.
"Untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwibahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014," katanya.
Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.
"Apa ysng dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.
Bagaimanapun Muhyiddin berkata, kerajaan memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan dengan memperkenalkan beberapa langkah antaranya seperti berikut:
- Menambah bilangan guru Bahasa Inggeris seramai 13,933. Jumlah itu termasuk 1,000 orang guru luar negara, 6,000 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS.
- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi sekolah kebangsaan Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu. Manakala bagi Tahap II ditambah sebanayk 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.
- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJK Cina dan Tamil Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.
- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.
- Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.
- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu daripada tiga jam menjadi enam jam seminggu.
Tambah Muhyiddin, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.
"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
"Selain itu hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi," katanya.
Menurut beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
"Malah jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan," katanya.

Sultan Selangor: Jangan anggap institusi raja sekadar lambang istiadat


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak terutamanya wakil rakyat di negeri itu supaya mengikis tanggapan bahawa institusi raja di negara ini sekadar lambang istiadat dan upacara rasmi semata-mata.
Baginda bertitah anggapan itu perlu diperbetulkan segera kerana institusi itu sebenarnya mempunyai kuasa serta peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan, kebesaran dan kemuliaan raja-raja.
Malah, baginda turut menyatakan peranan itu merangkumi tanggungjawab untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini.
"Beta pada hari yang bersejarah ini mengingatkan ahli Yang Berhormat (wakil rakyat) bahawa Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan berparlimen sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Malah, sistem ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Asas kepada peruntukan penting ini (Perlembagaan) adalah hasil daripada pemuafakatan yang dicapai antara tiga kaum terbesar negara ini iaitu Melayu, Cina dan India atas perkenan raja-raja Melayu dan persetujuan kerajaan British.
"Maka dengan itu anggapan sesetengah pihak bahawa raja adalah sekadar lambang kebesaran dan hanya berperanan dalam upacara rasmi sahaja adalah satu tafsiran yang salah dan perlu dikikis serta diperbetulkan dengan segera," titah baginda pada Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan 50 Tahun Dewan Negeri Selangor di sini semalam.
Turut hadir ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta 56 anggota dewan itu.
Sultan Selangor berkenan menyampaikan titah ucapan pertamanya pada majlis ini selepas selamat menjalani pembedahan jantung (Mitral Valve Repair) di Pusat Perubatan Stanford University di Palo Alto, California pada 2 Mei lepas.
Sultan Sharafuddin turut menegur sikap sesetengah wakil rakyat sejak kebelakangan ini yang memperlihatkan sikap kurang sopan dan tidak beradab kepada institusi raja serta kemuliaan Dewan Negeri Selangor. BERNAMA

Suee Lim sedia hadapai tindakan mahkamah

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim sedia menghadapi tindakan mahkamah berhubung dakwaannya mengenai nilai sebenar kediaman Datuk Seri Dr Mohammad Khir Toyo. Suee Lim berkata, sebagai ahli politik beliau tidak akan mengalah dan bersedia menghadapi cabaran di dalam usaha untuk membongkar penyelewengan para pemimpin politik negara ini.“Saya bersedia sekiranya Khir Toyo ingin saman saya berhubung kenyataan mengenai istananya yang bernilai RM24 juta itu kerana saya yakin, dakwaan saya adalah benar berdasarkan bukti dan maklumat daripada kontraktor yang mengubahsuai rumah itu. “Saya juga hairan, kawasan kediaman yang paling besar di kawasan itu ditambah pula kos pengubahsuaian yang menggunakan peralatan dan perabot import dari Bali itu hanya bernilai RM 3.5 juta sahaja,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini,hari ini. Sementara itu, Suee Lim berkata, beliau berbesar hati menerima tawaran Khir Toyo untuk melantiknya sebagai ejen hartanah bagi menjual kediaman seluas 52 meter persegi itu.“Saya terima tawaran Khir Toyo dan saya minta agar dia menghantar surat tawaran terbuka dan menyerahkan kunci rumah terbabit supaya saya dapat membawa pembeli melihat rumah itu.“Sekarang pun saya sudah ada dua, tiga pembeli yang berminat untuk membeli rumah itu. Saya harap Khir Toyo mengotakan janjinya untuk memberikan 50 peratus komisen tersebut,” katanya.Kelmarin, Khir Toyo memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan mahkamah sekiranya dakwaan Suee Lim mengenai nilai sebenar kediamannya yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam sebanyak RM24 juta adalah tidak benar.Khir Toyo turut melahirkan hasratnya untuk melantik Suee Lim sebagai ejen hartanah bagi menjual kediaman tersebut dengan harga RM 24 juta dan menawarkan 50 peratus komisen dari hasil jualannya. Dalam pada itu, Suee Lim turut mempersoalkan bagaimana Khir Toyo mampu menjelaskan bayaran ansuran kediaman terbabit sebanyak RM16,709 sebulan sedangkan elaun bulannya sebagai ADUN Sungai Panjang hanya sekitar RM8 ribu sahaja.“Apa yang menghairankan adalah bagaimana beliau mampu membayar ansuran bulanan pinjamannya yang berjumlah satu kali ganda lebih banyak dari elaun bulannya.“Sekiranya wang yang dia dapat diperolehi dengan cara halal, saya setuju benar dan ingin belajar daripadanya cara-cara menjadi jutawan dalam masa yang singkat,” katanya. Suee Lim turut menyangkal kenyataan Khir Toyo yang mendakwa beliau kurang senang dengan tindakan Khir Toyo yang sering melawat ke Sekinchan. “Saya tidak pernah marah terhadap tindakan Khir Toyo melawat ke kawasan saya (Sekinchan) kerana inilah lumrah dunia politik yang sering dikritik dan mengkritik.“Saya mengalu-alukan lawatannya dan saya harap dia akan membawa lebih banyak dana dan sumbangan kepada penduduk di Sekinchan,” katanya.

Rabu, 8 Julai 2009

K'jaan akui PPSMI banyak kelemahan


Jul 8, 09 3:42pm
Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003."Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.Menurut Bernama, beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI."Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya dalam sidang media khas mengumumkan pembatalan dasar tersebut mulai 2012.Tambahnya, berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing di SJK Cina dan SJK Tamil.Kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa ia tidak dapat diteruskan seperti dihasratkan, lapor agensi berita itu lagi."Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," Muhyiddin dipetik berkata. Menurutnya lagi, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik."Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.Selain itu, tambah Muhyiddin, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap kepetahan.Katanya, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar."Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya seperti dilaporkan.

Isnin, 6 Julai 2009

Istana Khir Toyo 24 juta ringgit?

Isu pembinaan banglo mewah, Ketua Pembangkang, Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam, timbul apabila kos pembinaannya dikatakan melebihi pendapatan yang diperolehinya ketika menjadi Menteri Besar Selangor.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, ini berikutan nilai hartanah mewah tersebut mencecah kira-kira 24 juta ringgit yang mencakupi keluasan tanah lebih 1 ekar.
Menurutnya, istana Khir Toyo ini juga dibina di atas dua lot tanah yang dibeli dari Syarikat Ditamas Sdn Bhd dengan keseluruhan harga 4 juta ringgit.
“Istana ini paling kurang 18 juta, belum campur perabot, jadi saya estimate sebagai 20 juta, campur dengan 4 juta tanah, istana Khir Toyo nie 24 juta”,katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas DUN Mengenai Tanah, berkata demikian kepada media selepas melawat banglo mewah Khir Toyo di Jalan Suasa, Seksyen 7, Shah Alam pagi tadi.
Dalam pada itu, Ng Suee Lim turut mempersoalkan sumber kewangan Khir Toyo yang meragukan kerana mampu memiliki banglo mewah berjuta-juta ringgit, walhal gaji serta elaun yang diterima selama 8 tahun menjadi menteri besar hanya 4.7 juta ringgit sahaja. “Saya kira 48 ribu tanpa berbelanja setiap bulan, tak payah belanja semua makan minum kerajaan tanggung termasuk semua pembantu semua dia tanggung, net profit Khir Toyo dapat RM48 ribu, kali 12 bulan, bermaknanya satu tahun dia punya gaji 576 ribu, 8 tahun keseluruhan dia dapat, lebih kurang 4.6 juta campur interest RM4.7juta, saya nak tanya, saya minta khir toyo beri penjelasan daripada RM4.7 juta ini, boleh kah memiliki banglo sebesar istana Khir Toyo ini?
Ng Suee Lim tidak berhasrat untuk melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa, tetapi menyerahkan kepada rakyat Selangor untuk menilai sendiri ketelusan Khir Toyo semasa menjadi Menteri Besar.
Menurutnya, Khir Toyo sering mempersoalkan ketelusan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, sedangkan beliau sendiri jelas tidak telus dalam mentadbir negeri selangor di bawah naungan barisan nasional.
“Jadi kalau kita bicarakan soal ketelusan, soal integriti, kebertanggungjawaban, jadi benda ini Khir Toyo kena jawab kepada media, kepada rakyat kenapa dia memiliki harta yang sebegini besar”,katanya.
Ng Suee Lim menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini dengan adil, berikutan pendedahan beberapa dokumen pembelian tanah yang dibuat Khir Toyo pada Julai 2007.
“Saya mintak SPR, Suruhanjaya Pencegah Rasuah jangan jadi pelindung tolong siasat dan tak perlu cari dokumen dengan saya dokumen ini ada di PTG. Tanya kenapa seorang Menteri Besar, penjawat awam, yang tak boleh meniaga dalam 8 tahun boleh dapat harta yang begitu banyak”,katanya.

MANA KHIR TOYO DAPAT DUIT BUAT ISTANA RM 24 JUTA?

06 July 2009

Lengkap dengan air terjun bertingkat. Macam Niagara Falls pulak!Berapa buah rumah PPRT boleh dibina dengan kos RM 24 juta?Mahligai berkonsepkan Jawa sepenuhnya...Pintu masuk rumah Khir Toyo.Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Muhd. Khir Toyo menunjukkan kekayaan luar biasanya apabila memiliki sebuah banglo umpama mahligai bernilai RM 24 juta di seksyen 7 Shah Alam.Banglo tersebut yang terletak di Jalan Suasa, Seksyen 7 dekat sini dibina diatas dua lot tanah yang dicantumkan dan kedua-dua tanah ini berjumlah RM4 juta dengan keluasan 52,041 kaki persegi.
Tanah pertama yang bernombor HSD 22904 di lot PT 62, Seksyen 7 dengan keluasan 31,794 kaki persegi berharga sebanyak RM2.9 juta iaitu RM93 ringgit untuk satu kaki persegi yang dibeli dari sebuah syarikat Ditamas Sdn. Bhd.
Syarikat tersebut dimiliki oleh Shamsuddin Hayroni yang merupakan sahabat baik kepada Mantan Menteri Besar Selangor itu.
Namun, harga yang dibeli untuk tanah kedua yang bernombor HSD 22905 adalah lebih murah iaitu RM900,000 iaitu RM46 untuk satu kaki persegi di di lot PT 65 seksyen 7, seluas 20,427 kaki persegi.Harga rumah ini lebih kurang RM18 juta dan belum dicampurkan dengan harga perabot yang diimport sepenuh dari Bali. Jadi semuanya berharga RM20 juta dan dicampur pula dengan harga tanah yang berjumlah RM4 Juta. Apa yang lebih menarik harga sebuah pintu gerbang sahaja berharga, RM290,000. Seorang kakitangan kerajaan dengan Gred DG 48 pun berair biji mata nak kumpul duit sebanyak tu untuk membina pintu gerbang seperti rumah Khir Toyo.Persoalannya dari manakah segala kekekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Khir Toyo? Adakah diperolehi sebelum menjadi Menteri Besar atau sebelum itu lagi? Adakah SPRM tidak berminat untuk menyiasat kekayaan dan aset yang dimiliki oleh Khir Toyo? Jika Khir Toyo mengumpul segala gaji dan elaun yang diperolehi sepanjang menjadi Menteri Besar sudah pasti beliau tidak mampu untuk membina mahligai berkenaan. Saya yakin jika terdapat mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat memiliki rumah semewah itu sudah pasti sudah berderu-deru siasatan akan dilakukan oleh SPRM.
Posted by angkasanuri at 7/06/2009 05:16:00 PM

Ahad, 5 Julai 2009

Elaun tetap bagi pesara tentera cacat

KOTA BAHARU 4 Julai - Pesara tentera yang mengalami kecacatan kekal semasa berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mendapat ganjaran dan elaun bulanan hilang upaya tidak lama lagi.
Panglima Tentera Darat, Tan Sri Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata permohonan mengenai perkara itu telah dikemukakan dan kerajaan sedang mempertimbangkannya.
"InsyaAllah ia mungkin akan diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Panglima Tentera Darat bersama bekas tentera darat di sini, hari ini.
Beliau berkata, imbuhan tetap itu akan mengurangkan beban golongan yang banyak berjasa kepada negara itu.
Muhammad Ismail berkata, selain itu pihaknya juga mencadangkan tambahan elaun khas kepada penerima Pingat Gagah Berani dan Pingat Setia Gagah Berani dan perkara itu sedang dipertimbangkan kerajaan.
"Permohonan itu membabitkan pesara sebagai Military Force yang menerima pingat daripada kerajaan Inggeris," katanya. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Senarai Blog Matatech