SONGKHLA 29 Mei - Hampir lima tahun selepas insiden Tak Bai yang mengakibatkan kematian 85 penunjuk perasaan beragama Islam dan dilihat sebagai satu daripada pencetus konflik di Selatan Thai, sebuah mahkamah Thai hari ini memutuskan bahawa tiada sebarang salah laku di pihak pegawai keselamatan.
Panel dua anggota dalam inkues post-mortem membuat kesimpulan bahawa pegawai tentera dan polis bertindak mengikut undang-undang, menggunakan pertimbangan mereka untuk menangani keadaan yang mendesak dan melakukan yang terbaik berdasarkan situasi ketika itu.
Hakim Yingyut Tanor-Rachin, yang bersidang bersama Hakim Jutarath Santisevee, berkata para pegawai hanya menjalankan tugas mereka dan mempunyai alasan kukuh bagi mengangkut lebih 1,000 penunjuk perasaan yang ditahan dari Tak Bai di sempadan Thai-Malaysia ke Kem Tentera Ingkayuthaborihaan di Pattani pada 25 Oktober, 2004.
Insiden itu berlaku ketika lebih 1,500 orang menyertai tunjuk perasaan di hadapan Balai Polis Tak Bai bagi mendesak pembebasan enam sukarelawan pertahanan kampung yang ditahan kerana disyaki membuat laporan palsu kepada polis membabitkan rompakan senapang patah yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Polis menggunakan semburan air dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan, manakala peluru hidup ditembak ke udara dan ke arah orang ramai bagi menyuraikan tunjuk perasan itu yang mengakibatkan tujuh orang terbunuh.
Kira-kira 1,292 orang ditahan oleh pihak berkuasa. Menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRC), mereka yang ditahan itu dipukul dengan belantan, ditendang dan ditumbuk, ada antaranya diperlakukan begitu semasa terbaring di atas tanah dengan tangan diikat ke belakang.
Tahanan itu kemudiannya dimuatkan ke dalam trak serta diletak bertindih-tindih sebelum dipindahkan ke Kem Ingkayuthaborihaan, dalam perjalanan yang mengambil masa beberapa jam. Sejumlah 78 orang ditemui mati dalam trak itu dalam kejadian yang berlaku dalam bulan Ramadan.
Banyak pertubuhan tempatan dan badan hak asasi manusia menyalahkan peningkatan keganasan dalam insiden Tak Bai, selain insiden yang berlaku pada April 2004, apabila 32 kumpulan disyaki pemberontak terbunuh selepas pihak berkuasa menyerbu masjid Krue Se yang berusia 300 tahun di Pattani berikutan perbalahan selama sembilan jam.
Ketika membacakan keputusan itu di Mahkamah Wilayah Songkhla yang penuh sesak, Hakim Yingyut berkata, pegawai keselamatan terpaksa mengambil tindakan pantas untuk memindahkan tahanan dalam keadaan seperti itu ke Pattani atas sebab keselamatan memandangkan lokasi tunjuk perasaan itu tidak jauh dari Thaksin Ratchaniwet Palace dan sempadan Malaysia.
Keputusan itu sukar diterima oleh kalangan keluarga mangsa yang melakukan perjalanan beratus-ratus kilometer untuk ke mahkamah.
Zainah Saleme, yang menubuhkan sebuah kumpulan wanita bagi memperjuangkan keadilan untuk mangsa Tak Bai berkata, beliau berasa amat kecewa dengan keputusan itu.
"Tak timbang langsung keadaan mangsa, perasaan keluarga. Mahkamah kata mereka (78) mati bukan kena bedil... tapi mereka diletak bertindih-tindih. Langsung tidak fikir nyawa mereka," kata Zainah yang anak lelakinya ditahan dua tahun kerana terlibat dalam demonstrasi itu.
Hamiah Ahmad, 53, berkata, beliau amat sedih kerana tidak langsung ada keadilan pada mangsa-mangsa dan keluarga mereka yang terpaksa berulang-alik ke mahkamah sejak kes itu bermula beberapa tahun lepas.
"Anak saya kebetulan berada di situ tetapi terkena tembakan dan mati," kata Hamiah yang mendapat upah membuat tudung untuk dijual di Malaysia dan mendapat pampasan RM2,000 (20,000 baht) daripada kerajaan.
Muhammad Hassan, 50, yang kehilangan satu-satunya anak lelaki beliau yang meninggal dunia selepas diletak bertindih-tindih dalam lori, berkata beliau terkejut dengan keputusan itu.
"Anak saya bekerja baiki rumah dan memang selalu keluar kampung... saya langsung tidak tahu dia pergi Tak Bai. Apabila dia tidak pulang untuk berbuka puasa dan melihat di televisyen tentang Tak Bai, kami pergi ke balai polis untuk cari dia," katanya.
Kerajaan Thai sebelum ini yang dipimpin Perdana Menteri yang dilantik oleh tentera, Surayud Chulanont membayar pampasan berjumlah 42 juta baht (RM4.2 juta) kepada anggota keluarga mangsa Tak Bai, menggugurkan pertuduhan terhadap 56 orang yang terbabit dalam tunjuk perasaan itu dan memohon maaf kerana tragedi yang berlaku itu. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog Matatech
-
-
Cara Menjaga Kesehatan Alat Reproduksi Pada Wanita - Menjaga kesehatan alat reproduksi merupakan suatu hal penting yang sudah seharusnya dilakukan oleh semua orang. Apalagi pada wanita sendiri, organ ini memi...5 hari yang lalu
-
Mentafsir pilihan raya kecil KKB - *ULASAN * ESOK hari penamaan calon Pirake N: 06 Kuala Kubu Baru (KKB), Selangor. Hari mengundi 11 Mei depan. Pilihan raya kecil ini merupakan pilihan raya ...Seminggu yang lalu
-
KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community... - *Does Umno want to destroy KK Mart?...* *When Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh told his friends at KK Mart to find another business, you have to as...5 minggu yang lalu
-
KOMPLOT AHLI POLITIK JAHAT KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS TAMAK RAKUS HINA INSTITUSI RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN - Nota Update 5.57 petang 6 Mac 2024 : Kenyataan media dibacakan jam 11 pagi di Bukit Aman. Saya menjawab semua soalan dan Pihak USJT berpuas hati dan berse...Sebulan yang lalu
-
-
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan - Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik yang and...6 bulan yang lalu
-
SUKA MUHONG - *PASANG CCTV MURAH * *IKLAN TEKS RM10 SEBULAN DI SINI* *IKLAN TEKS RM10 SEBULAN DI SINI* *IKLAN TEKS MURAH DI SINI* *Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan...9 bulan yang lalu
-
125 banduan fail petisyen dakwa didera warden penjara - PETALING JAYA - Seramai 125 banduan di sebuah penjara di utara tanah air yang mendakwa diri mereka didera warden menandatangani petisyen menggesa ker...9 bulan yang lalu
-
Artikel Februari 2022 - - 4 Manfaat Penerapan Website dan Mobile Apps pada Bisnis Anda - 10 Peranan Website dan Mobile Apps pada Bisnis Anda - 10 HP Samsung RAM 8 GB T...Setahun yang lalu
-
KEMeNANGAN YANG DINANTI DI PADANG SERAI DAN TIOMAN - Cuaca kelihatan agak baik dan ini merupakan faktor penting mendorong peratusan undi yang lebih besar. Saya jangkakan kemenangan lebih besar dan bergaya aka...Setahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALASSetahun yang lalu
-
Prerogative of Mercy. Beg Your Pardon... - Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon.Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something lik...Setahun yang lalu
-
-
Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) Menghalang Lompat Parti. - Teks Perbahasan V. Sivakumar , Ahli Parlimen Batu Gajah, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) Menghalang Lompat Parti pads 28/7/2022 di Dewan Rakyat, ...Setahun yang lalu
-
Sidang Nadi Rakyat akan jelajah negeri, daerah – Shamsul Iskandar - Sidang Nadi Rakyat yang buat julung kalinya berjaya dianjurkan di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya hari ini akan diteruskan pada masa hadapan Pengerusi S...Setahun yang lalu
-
-
Luka Rakyat - Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri, t...2 tahun yang lalu
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...3 tahun yang lalu
-
Baby Feeding Guide for the First Year - Making appropriate, healthy food choices for your child during his or her early months is crucial. Raising a baby is more than just baby fashion and shop...3 tahun yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com3 tahun yang lalu
-
MN sokong Muhyideen Yasin - KUALA LUMPUR: Gabungan Muafakat Nasional, PAS dan Umno bersetuju untuk menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Mal...4 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...5 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi - SPR telahpun mengumumkan tarikh untuk diadakan pilihanraya umum kali ke-14 iaitu pada 9 Mei nanti. Gegak gempita alam maya apabila tarikh yang diumum SP...6 tahun yang lalu
-
MANIFESTO 100 HARI - MENGHAPUSKAN GST DAN PENGHAPUSAN HUTANG PARA PENEROKA FELDA - Pakatan Harapan sedar bahawa punca utama yang menyebabkan kehidupan rakyat tertekan sekarang ini adalah kerana sistem cukai GST yang diamalkan oleh kera...6 tahun yang lalu
-
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota - *Zakat Fitrah dan kemiskinan kota* Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada seorang wanita Melayu rakyat Malaysia, b...7 tahun yang lalu
-
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL - Iqaluit ialah sebuah bandar dalam wilayah Nuvanut yang terletak di utara Kanada, Pada bulan paling panas iaitu Julai, suhunya setakat 9 darjah Celcius, ma...7 tahun yang lalu
-
-
Jom kita lihat isu ni pulak - - Apa yang boleh aku nak kata kan, hanya sekadar kesian,, itu sahaja yang aku mampu,,, maka akan aku cuba paparkan, agar ada pihak-pihak yang dapat membantu ...8 tahun yang lalu
-
Animal Skulls As Exeptional Home Decoration - Animal skulls are well-known today by home decorators and collectors, because they are beautifully refined and intricately designed with beautiful signs...8 tahun yang lalu
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah - *Nama Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) pada majlis maka...8 tahun yang lalu
-
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi - Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas...8 tahun yang lalu
-
Inexpensive Bedroom Makeover Ideas - I accept a baby bedchamber and charge to makeover it by abacus accessories, lamp, rug, blind and wanna adumbrate those annoyed affairs of cable. I aswell d...9 tahun yang lalu
-
LANGAU part 2 - *Bangun,bukak tingkap tgk luar takder org demo,* Baca news kot2 harga getah naik.. tgk *tak ada apa apa..* Belek belek lagi carik kot kerajaan nak *turunkan...9 tahun yang lalu
-
Terciptanya sejarah perundangan - Ramai yang beranggapan ....Barisan hakim dalam kes rayuan DSAI semestinya mengetahui keputusan berdasarkan hujah kedua-dua belah pihak pendakwa dan pembe...9 tahun yang lalu
-
ISU FITNAH LIWAT DS ANWAR - FATWA YUSOF QARDHAWI - SEGALA puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarganya dan sahabat serta yang mengikuti petunjuk-Nya. Malaysia mempunyai kedudu...9 tahun yang lalu
-
Kerajaan Umno-BN halau Melayu bertopengkan Akta Tanah - Pemimpin Umno-BN menjadi dalang utama merampas sejumlah besar tanah kampung Melayu warisan bukan sahaja di Lembah Klang juga seluruh negara dengan bertopen...10 tahun yang lalu
-
Confidential Document - Hello,Kindly view these Document I Uploaded for you. Click here and sign in with your email to view. I thought it would be a good read as it's about wealth...10 tahun yang lalu
-
Hukum Beri 'SALAM', 'AKUM', 'ASKUM',..'ASKRIM!' - Ustaz Azhar Idrus - http://www.youtube.com/watch?v=xtB8wUFxNz4endofvid[starttext][endtext]10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan - Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau se...10 tahun yang lalu
-
-
-
75 tahun Utusan Malaysia tapi makin jumud dan rasis - 18 Jun lalu genap 75 tahun Utusan Melayu satu akhbar yang dikatakan akhbar Melayu. Daripada pejabatnya di Singapura berpindah ke Kuala Lumpur. Syarikat...10 tahun yang lalu
-
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai - *KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak k...10 tahun yang lalu
-
BUDAK KAMPUNG ONLINE UPDATE ADDRESS - Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres lama akan bertukar ad...10 tahun yang lalu
-
Fat Loss And The 5 Major Untruths - By Jacki Otis Geared up to start with a fat loss eating plan created to accelerate your success and obtain you the slimmest physique in your life? If you...11 tahun yang lalu
-
-
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi - Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh. Kunjungan mereka ...11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...11 tahun yang lalu
-
Selamat pengantin baru, sahabat - 1. Saya agak ralat kerana last minute terpaksa membatalkan trip ke Kuantan petang ini dan kemudiannya ke Shah Alam pagi esok. 2. Cuti Ahad telah diluluskan...11 tahun yang lalu
-
Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang Kota Raja - Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kota Raja akan diadakan seperti berikut: Tempat: Dewan MPK Taman Sentosa, Klang. Masa: AMK: 13 Oktober 2012 (Sabt...11 tahun yang lalu
-
-
-
-
Tangisan bekas tahanan ISA .. Tergambar betapa merananya mereka :( - Tukar tiub : Semasa disoal-balas oleh peguamnya yang ingin tahu sama ada penahanan itu memberi sebarang kesan kepada dirinya, Hishamuddin mula menitiskan a...12 tahun yang lalu
-
Acheh Digegarkan Gempa Bumi 7.1 Skala Richter - Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Aceh awal pagi Rabu, namun belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda dan korban jiwa ...12 tahun yang lalu
-
-
Sepohon tomato ini,menghasilkan selori buah. - *Sepohon RTPJ menghasilkan 19,200 PEJUANG RAKYAT...*12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA - Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan ...12 tahun yang lalu
-
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA - Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan ...13 tahun yang lalu
-
PAKATAN RAKYAT VS BN - Suasana BN berkempen di Sarawak ... 1. TPM terpaksa menggunakan anak kecil yang bersekolah rendah untuk memberi sokongan terhadapnya dan Barisan Najis... ...13 tahun yang lalu
-
Kesihatan suami: Normala seru tanya doktor - Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman mahu semua pihak merujuk kepada doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada suaminya, sebelum membuat sebarang...13 tahun yang lalu
-
Selproa Selar Tindakan Polis Kasari Peserta Perhimpunan Bantah Kenaikkan Air - SHAH ALAM 8 Disember - Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menyelar tindakan pihak polis yang bertindak ganas k...13 tahun yang lalu
-
MB Selangor Kesal Polis Mungkir Janji - 05/12/2010 Share KUALA LUMPUR, 5 DIS - Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesanyal dengan tindakan polis menggunakan kekerasa...13 tahun yang lalu
-
Utusan dah start dah…. - UMNO telah mula siar gambar saya. Lazimnya mereka takkan memberi apa-apa laporan tentang diri saya, apatah lagi nak masuk gambar. Bila mereka berbuat dem...13 tahun yang lalu
-
PAS Seremban - Tahniah PAS Seremban yang kini telah kembali pulih sepenuhnya setelah digantung oleh PAS Pusat beberapa tahun sebelumnya angkara politik dalaman ahli di ka...13 tahun yang lalu
-
Kehidupan MEWAH Bloggers UMNO - PARPUKARI!!! Anda kenal bukan? Siapa yang tidak kenal dengan Parpukari. Begitu hebat dimata bloggers-bloggers PRO BN dan PR juga tidak terkecuali. Bercakap...14 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
maklumat yang cukup informatif. taniah!
BalasPadam