Selamat Datang ke Blog Matatech

Selasa, 24 November 2009

mustahak untuk pesara ATM tahu.

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Nazir Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Azalina Aziz didakwa menguasai saham CiMB bernilai RM30 juta.Menurut Naib Presiden PKR, Badrul Hisham Shaharin di dalam blognya, http://chegubard.blogspot.com, Nazir memiliki 28,253,261 unit saham berdasarkan Laporan Audit CiMB 2008, halaman 69.Manakala, Azalina pula memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71.Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard menjelaskan bahawa jumlah pemilikan saham Nazir dan Azalina tersebut tidak termasuk saham yang dilupuskan atau dijual pada tahun yang sama.Dianggarkan Nazir-Azalina telah menjual sejumlah saham CiMB pada tahun 2008 bernilai lebih RM1 juta.Badrul yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Nazir-Azalina membuat penjelasan atas pemilikan saham CiMB secara misteri tersebut.Dalam perkembangan berkaitan, beberapa media antarabangsa melaporkan Presiden AS Barrack Obama sendiri sebelum ini menghubungi PM Datuk Seri Najib Tun Razak secara langsung berhubung kes terbabit.Dua media rasmi Korea berbahasa Inggeris melaporkan Obama memberi amaran kepada Najib, yang dipercayai ada kaitan secara tidak langsung dengan CiMB sendiri.Kedua-dua media terbabit mendedahkan bagaimana Obama meminta Najib menjelaskan soal keterlibatan bank tertentu Malaysia dalam transaksi senjata dengan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Junta Myanmar.Ianya sekaligus membolehkan AS serta beberapa negara yang anti kedua-dua kerajaan komunis tersebut bersikap dingin dengan Malaysia.Selagi Nazir-Azalina tidak menjelaskan tentang pemilikan saham CiMB yang misteri itu tegasnya, selagi itulah Najib tidak berupaya menjernihkan hubungan diplomat.

Jumaat, 20 November 2009

Apa kata MB selangor tentang projek Bandar Alam Perdana.


SHAH ALAM, 11 Nov - Satu fail Akta Rahsia Rasmi didedahkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
Hasil pendedahan itu, 1 syarikat hartanah milik pemimpin Umno didakwa menipu 383 pemilik tanah dan 3,436 pembeli rumah di Bukit Cherakah.
Khalid menggesa orang-ramai yang telah tertipu supaya merujuk kepada dokumen ini, dan mendakwa syarikat terbabit ke muka pengadilan.
“Kerajaan negeri akan cuba menyelesaikan masalah ini, tapi sebelum kerajaan negeri menyelesaikan masalah ini, kerajaan negeri ingin memberikan fakta-fakta mengenai apa yang berlaku, apa yang telah dibuat dan apa keadaan sekarang selepas itu kerajaan negeri akan membuat beberapa usaha supaya projek terbengkalai ini diselesaikan.
“Kita ada NGO yang macam persatuan peguam dan mereka boleh membantu kendalikan kes ini itulah yang kita mahu dilakukan”, jelasnya lagi.
Pada tahun 1973, kerajaan negeri Selangor memperkenalkan Rancangan Revolusi Hijau bagi membantu golongan miskin dengan memberi mereka tiga ekar tanah seorang untuk penanaman kelapa sawit.
Namun dari tahun ke tahun, agenda ini tersasar dari matlamat. Tanah Batu 20 dan Batu 28 menuju Sungai Buloh yang kini menempatkan projek Bandar Alam Perdana diambil dan dibangunkan untuk tujuan pembangunan hartanah.
Seramai 383 pemilik tanah kelapa sawit menyerahkan tanah mereka kepada pihak ketiga bagi tujuan pembangunan.
Namun apa yang menyedihkan apabila projek pembangunan di atas tanah golongan termiskin ini terbengkalai.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesahkan projek perumahan Bandar Alam Perdana yang sepatutnya siap pada tahun 2002, namun kenyataanya projek ini hanya diisytihar terbengkalai pada 2006.
Projek yang diusahakan oleh syarikat Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd ini adalah milik bekas Exco Selangor merangkap Adun Jeram Miskun Sutero, yang telah meninggal dunia dua tahun lalu, dan syarikat Vega Builders Sdn Bhd.
Berdasarkan dokumen ini, 383 pemilik tanah dijanjikan pampasan 360 ribu ringgit seorang termasuk sebuah rumah bernilai 180 ribu ringgit setiap seorang.
Manakala 3,436 pembeli telah membeli 3,819 unit rumah dengan membayar wang pendahuluan kepada pihak bank.
Walaubagaimanapun pemilik tanah tidak mendapat pampasan yang dijanjikan, manakala para pembeli terpaksa menanggung hutang bank dan sewa rumah.
Syarikat pemaju terbabit juga didapati gagal menjelaskan premium tanah. Lebih dari itu, projek ini dibangunkan di atas tanah yang tidak ditukar status dari tanah pertanian kepada tanah industri.
“Hari ini kita akan mengeluarkan satu risalah mengenai Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Perdana ini adalah satu projek pembangunan komersil tetapi kesannya kepada Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat, kita nak terangkan apa yang terjadi.
“Pada pejabat daerah ataupun pejabat Menteri Besar, ia di laman web bermula esok”, katanya. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Selasa, 17 November 2009

Betul kata BAWEAN TERMENONG.

kalau kita perhatikan akbar dan media perdana, geng najib melakukan serangan balas yang pantas terhadap perlantikan anwar sebagai penasehat ekonomi negeri selangor melalui mentor mereka, d mahadhir, sedangkan kalau kita lihat pemimpin pas kureng memberi kredit atau mempertahankan anwar dalam isu ini, ini menunjukkan kurangnya pemimpin pakatan untuk saling mempertahankan kepimpinan dan politik mereka dari gangguan pihak diseberang sana.mahadhir sanggup mengatakan perlantikan anwar akan memufliskan selangor, untuk rekod ialah anwar adalah menteri kewangannya sendiri, berarti beliaulah yang melantik anwar untuk menjaga hal ehwal ekonomi negara, dan ketika itu sangat berjaya, dan mahadhir mengambil masa lama sehingga krisis keuwangan dan krisis peribadi melanda untuk memecat anwar,tidakkah disini ada kong ka likong dalam permainan mahahdir, mungkin sahaja mahadhir mahukan najib melantik beliau secaraa nyata sebagai penasehat kepada kerajaan atau ada pula orang kata mahadhir ini cemburukan anwar.nah..masa akan menentukan, apakah selangor akan muflis ataupun tidak..yang pasti tekanan dan sekatan keuwangan dari kerajaan pusat yang dipimpin umno telah dilaksanakan dan rekod penyelewengan juga telah didedahkan betapa korupnya pemerintahan umno di selangor yang menyebabkan kerajaan negeri mengalami berjuta kerugian seperti kes bukit botak.

Ahad, 8 November 2009

Terimalah pandangan Abdul Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.
Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.
Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari ini.
Abu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu.
AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengasak Dr Aziz termasuk mencabar beliau turun dan aktif dalam politik.
Menurut Hasbulah, mereka yang tidak percaya kepada persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu.
Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.
Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya.
Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja.
Dr Hasbulah dalam penggulungan menyokong tulisan Dr Abdul Aziz dan menyifatkan penemuan melalui hasil kajian beliau selari dengan apa yang ditulis Aziz.
"Ini adalah kali ketiga kami bertemu. Kali pertama atas kapal terbang, kali kedua di lapangan terbang dan kali ketiga di sini. Jadi kami tidak berpakat," kata beliau dalam penggulungannya.

Khamis, 5 November 2009

Anugerah dan elaun

1,800 pesara tentera yang dikenal pasti berjasa pada negara supaya diberikan anugerah dan elaun yang selayaknya.
Cadangan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pingat Gagah Perkasa (PGP), di Parlimen hari ini.
"Tidak bolehkah 1,800 orang yang dikenal pasti ini dianugerahkan pingat gagah berani dan pingat gagah perkasa disebabkan jasa mereka," tegasnya.
Ujarnya lagi, inisiatif kerajaan memberikan anugerah serta elaun tententu kepada hanya 99 pesara tentera sahaja sebelum ini adalah tidak memadai.
Sebaliknya, kesemua pesara yang lain juga sepatutnya layak kerana berjuang bersama-sama dalam hutan suatu ketika dulu.
"Ada (pesara) yang dipotong kaki, bukan kerana kemalangan atau masalah kesihatan...maknanya ia hilang upaya sewaktu berdepan dengan musuh mempertahan negara dari pengkhianat, tapi tiada apa-apa bantuan."
"Kalau mereka (pesara) ini tidak boleh diiktiraf (oleh) kerajaan kerana berjuang di hutan dulu, kita nak panggil mereka apa," soalnya.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS mempersoal keberkesanan Tabung Kebajikan Tentera yang saban tahun mengutip dana daripada rakyat untuk menampung kebajikan pesara tentera sebelum ini.
Beliau turut meminta kerajaan memeprtimbang untuk memberikan elaun yang munasabah kepada pesara yang lain, termasuk mangsa kes kapal terbang Nuri terhempas beberapa tahun lalu.
Ahli Parlimen Pendang, Dr. MOhd Hayati Othman yang mencelah, meminta kerajaan mempertimbangkan untuk memberi anugerah dan elaun juga kepada para pesara polis yang layak, disebabkan keberanian dan berjasa pada negara.
Jelasnya, pengalaman melawat Balai Polis Bukit Jenun, Pendang, menyaksikan polis terpaksa beroperasi dalam kontena secara tidak selesa, sedangkan mereka bertugas secara berani dan berjasa pada negara.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Kedah meminta kerajaan memperuntukan sejumlah dana tertentu untuk membiayai pesara tentera yang mengalami penyakit kronik, termasuk perkhidmatan dialesis secara percuma.
Menjawab perbahasan itu, Ahli Parlimen Sandakan VK Liew tidak mahu memberikan respon balas kerana mahu fokus pada beberapa perkara yang lain.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan, kerajaan mempertimbang untuk menarik balik anugerah PGB daripada pesara-pesara yang dikenal pasti terlibat dalam acara jenayah, sebagaimana yang dibangkitkan semalam.
Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Alor Setar Alor Setar Chor Chee Heung (MCA) mendakwa segelintir pemimpin Pakatan menyokong pengkhianat negara serta tidak menghargai pengorbanan tentera dulu.
Ianya disebabkan Pakatan mengkritik tindakan kerajaan menghalang pemimpin utama Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke tanah air.
Kerajaan juga mendakwa tindakan pembangkang itu sebagai mengkhianati pengorbanan tentera serta tanah air.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bangun kemudiannya, menegaskan bahawa dakwaan Chor itu sebagai suatu perbahasan kosong.
Dakwanya lagi, kerajaan sepatutnya mendahulukan perdamaian dengan bekas pemimpin PKM itu, sebagaimana yang pernah dimeterai antara kerajaan Malaysia dan PKM suatu ketika dulu.
Tegasnya lagi, Chin Peng berhak pulang ke tanah air kerana hak tersebut adalah termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UHDR).
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan kerajaan meninggalkan amalan balas dendam, yang dianggap tidak berprikemanusiaan.
Semalam, kerajaan memaklumkan bahawa sebanyak 11 pesara tentera dianugerahkan pingat Gagah Perkasa yang membawa elaun RM2,000 setiap bulan.
11 pesara yang lain dianugerahkan pingat Gagah Berani yang membawa elaun RM1,500 setiap bulan._
by MahfuzOmar

Selasa, 3 November 2009

Tangkap Asri: MB Selangor arah Jais beri penjelasan

Harakahdaily Mon Nov 02, 09 6:56:18 pm MYT
SHAH ALAM, 2 Nov: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberikan penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan kejadian penangkapan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Ini kerana, pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berikutan cara penangkapan itu dibuat, kata Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini.
Khalid mengulas penangkapan yang dibuat oleh sekumpulan pegawai Jais dengan bantuan polis ketika Asri sedang mengajar di sebuah rumah dekat Ulu Klang malam tadi.
Turut mendengar kuliah itu adalah Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin.
Menurut Khalid, Kerajaan Negeri Selangor prihatin kepada pelbagai reaksi yang timbul daripada masyarakat umum berhubung dengan tangkapan yang dibuat oleh Jais ke atas Dr Mohd Asri atas alasan mengajar tanpa tauliah.
Kerajaan negeri telah dimaklumkan bahawa Jais - yang memiliki kuasa yang bebas dari kekangan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan Eknamen Pentadbiran Agama Islam Selangor - sedang menyiasat perkara tersebut dan tiada sebarang dakwaan dikenakan sehingga kini.
Khalid yakin bahawa Jais akan bertindak profesional dalam menjalankan siasatan yang bebas, adil dan telus ke atas Asri.
"Saya pasti Jais akan menjalankan siasatan yang adil dan akan mengambil kira seluruh aspek bagi memastikan keadilan terjamin bukan sahaja kepada orang awam tetapi juga Dato' Asri," kata Tan Sri Khalid. _

Sabtu, 19 September 2009

Adillkah kerajaan kepada pesara tentera?

MULAI Januari 2009, semua pesara tentera dan polis menerima kenaikan pencen berdasarkan jumlah tahun perkhidmatan. Terima kasih kepada kerajaan kerana menyemak semula kadar pencen tersebut.
Memang diakui tiap-tiap kenaikan atau apa-apa jua yang dilakukan oleh kerajaan tidak akan memuaskan hati semua pihak. Bagaimanapun ketidakpuasan hati itu kadang kala ada kewajaran.
Kenaikan pencen dikira berdasarkan jumlah tahun perkhidmatan seseorang pesara. Lebih lama tempoh khidmatnya, lebih banyak kenaikan yang diterima.
Apabila diteliti kenaikan pencen ini, ternyata menguntungkan pesara-pesara polis kerana rata-rata anggota polis berkhidmat tidak kurang dari 25 tahun.
Amat malang dan mendukacitakan bagi para pesara tentera kerana kebanyakan mereka berkhidmat selama 21 tahun (tidak ada kenaikan).
Persaraan anggota tentera peringkat rendah ada empat kategori. Pertama, mereka yang bersara setelah berkhidmat 21 tahun tersangatlah 'ramai'.
Bersara setelah berkhidmat (21+1) 22 tahun adalah 'tidak ramai'.
Manakala mereka yang bersara setelah berkhidmat 23 atau 24 tahun pula 'jarang-jarang' ditemui.
'Kadang-kadang' baru kita boleh temui mereka yang bersara setelah berkhidmat lebih 25 tahun.
Sepatutnya jika kerajaan memberi kenaikan pencen hendaklah mengikut peratus.
Adakah pesara-pesara tentera yang berkhidmat selama 21 tahun semasa mereka berkhidmat dahulu membuat kerja yang ringan sahaja berbanding mereka yang berkhidmat melebihi 25 tahun?
Atau adakah mungkin mereka yang berkhidmat 21 tahun (yang pencen tidak naik) dapat membeli barang-barang keperluan jauh lebih murah selepas kenaikan ini?
Jikalau inilah keistimewaannya, maka kenaikan ini tidak akan dipertikaikan.
Kepada kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab menyemak kenaikan pencen pesara-pesara tentera, kami, pesara-pesara yang berkhidmat 21 tahun berasa sangat tidak puas hati. Kami seolah-olah dipinggirkan.
Dibandingkan dengan mereka yang menerima pencen terbitan mulai Januari 2009 telah diberi pencen penuh, yang mana sebelumnya telah dipotong 30 peratus (apabila pesara telah menerima pencen selama 12 tahun 6 bulan).
Jika sekiranya pencen mereka di bawah RM700, diberi kenaikan menjadi RM720.00 (termasuk mereka yang menerima pencen perkhidmatan).
Jika mereka ini mendapat kenaikan kenapa pula pesara-pesara tentera (perkhidmatan 21 tahun) tidak berhak menerima kenaikan?
Jika kerajaan hendak juga memberi kenaikan pencen kepada pesara-pesara tentera mengikut perkhidmatan, jumlah perkhidmatan hendaklah dikira penuh selama 30 tahun. Ini kerana anggota-anggota tentera semasa berkhidmat mereka bertugas 24 jam berbanding dengan perkhidmatan awam hanya bertugas lapan jam sehari.
Kiraan kenaikan pencen mengikut jumlah tahun perkhidmatan tidak sepatutnya dilakukan kerana semasa bersara dahulu kiraan pembayaran saguhati telah dikira mengikut jumlah tahun perkhidmatan.
Kenapa pula setelah kami bersara berbelas-belas atau berpuluh-puluh tahun, kenaikan pencen masih mengikut jumlah tahun perkhidmatan?
Demi keadilan, pihak kerajaan diharap dapat mempertimbangkan semula kenaikan pencen bagi pesara-pesara tentera mengikut peratus, juga diasingkan dengan perkhidmatan awam.
PESARA ATM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Senarai Blog Matatech