Selamat Datang ke Blog Matatech

Selasa, 29 Disember 2009

17 contoh mengapa UMNO dikatakan pengkhianat Melayu.

Oleh : MutaligatSemalam akhbar Sinar Harian menyiarkan temubual bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang antara lain beliau menuduh bekas 'boss'nya itu pengkhianat Melayu.
Bagi saya pengkhianat Melayu sebenar ialah Umno dan pimpinannya bukan Anwar Ibrahim dan parti-parti komponen PR.
Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr. Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib.Sewaktu zaman pentadbiran Dr. Mahathir lagi, imuniti raja-raja Melayu telah dihapuskan, padahal institusi Raja Melayu merupakan simbol ketuanan orang Melayu,nyatalah Umno sendiri telah merosakkannya.Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua terbesar yang dibuat Mahathir ketika itu ialah dengan merosakkan sistem kehakiman negara.Campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.Kemudian, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Walhal majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.Dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu juga dilakukan oleh Dr. Mahathir. Pengkhianatan yang dibuat ini, secara langsung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.
Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu :-
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.
Mungkin pihak UMNO boleh kemukakan contoh terbaik kenapa mereka kata Anwar pengkhianat melayu supaya kami rakyat biasa yang tidak belatar politik dapat membandingkannya. Yang kami lihat adalah Anwar ingin keluar dari sarang pemikiran yang dia duduki sebelum ini itu pemikiran UMNO untuk merubah situasi politik di Negara ini dari satu keadaan yang penuh penyelewengan kepada satu tahap yang lebih baik. Jika dia tidak berbuat begini penyelewengan berterusan dan suara rakyat tidah didengari. Keadaan ini bagi rakyat yang tidak berlatar politik adalah perkembangan baik kerana ada 2 parti berlawanan yg yang bersaing untuk menambat hati rakyat tidak seperti sebelum ini hanya becakap sehala seperti sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan kukubesi.

Rabu, 23 Disember 2009

Pengerusi ulamak sedunia kata Anwar tak salah.

Rabu, Disember 23, 2009

kalau dah pemimpin Sunnah Wal Jamaah tegas Anwar tidak bersalah, siapalah najib...

PUTRAJAYA, 22 Disember - Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah berhubung pertuduhan liwat terhadap beliau.
Beliau turut mendesak agar kes qazaf yang difailkan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih setahun lalu dipercepatkan dan diselesaikan segera.
Tokoh Maaf Hijrah itu menegaskan Mahkamah Syariah tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan keadilan Islam kepada penuduh mahupun yang tertuduh.
Tambahan lagi dengan kesahihan daripada empat orang doktor yang membuktikan tiada kesan luka di bahagian sulit Saiful Bukhari Azlan.
“Dia yakin insyaallah anwar tidak bersalah dan isu ini akan dapat diselesaikan dengan tuntas,” katanya.
Ini dikatakan oleh Sheikh Al-Qardhawi dalam pertemuan dengan Anwar dan beberapa orang pemimpin Islam di Putrajaya Isnin lalu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Mohammad Nur Manuty yang turut hadir dalam perjumpaan itu memberitahu yusuf sangat yakin Anwar tidak bersalah.
“Syeikh Qardhawi amat menyokon penuh supaya kes ini jangan ditangguh-tangguhkan lagi dan segera diselesaikan mengikut pendekatan syariah, dan diserahkan kepada mahkamah tertinggi, kerana kata qardawi anwar dah mengalami kesengsaraan jiwa, keluarga, politik, beliau dlam keadaan yang diserang oleh pihak-pihak yang tidak bermoral,” katanya.
Sheikh Al-Qaradhawi yang dikurniakan Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia berpendapat Anwar telah diserang daripada segi peribadi, keluarga dan politik oleh pihak yang tidak bermoral.-ATIQAH YAACOB

Ahad, 20 Disember 2009

Apa dah jadi pada engin Fighting tiger, 12 Sqn TUDM B,worth ni?

Enjin F-5E TUDM dijual pada syarikat di AS
Dis 19, 09 8:17pm
Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara."Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah untuk melarikan enjin itu ke luar negara."Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Alam Sekitar di Bagan Datoh hari ini.Ahmad Zahid mengesahkan semua dokumen mengenai penjualan enjin itu telah diperoleh oleh polis."Syarikat antarabangsa itu berminat membeli enjin itu kerana harganya yang murah, kerana ia merupakan alat ganti yang dikategorikan sebagai rosak yang akan diperbaiki," katanya.Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu.- Bernama

Sabtu, 12 Disember 2009

Cadangan membina sebuah surau baru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN,
KM 11, Jalan Labu, 71900 LABU,
Negeri Sembilan Darul Khusus .
Tel: 06 - 7912245 Fax: 06 - 7912198








Surau lama SMAP Labu,NS.






Konsep Surau Baru




Broucher yang kami sedang edarkan



1.0 Pengenalan

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh, aliran agama Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelbagai kemudahan fizikal dan infrastruktur disediakan termasuk sebuah surau kecil yang diberi nama Surau Al-Mustaqim. Surau ini tidak dapat menampung semua pelajar untuk berjemaah menunaikan solat di samping aktiviti keagamaan yang dijalankan. Berbagai- bagai cadangan telah dibuat untuk menaik taraf surau ini. Di atas keperihatinan pihak sekolah dan PIBG maka harapan ini digarap bersama-sama usaha mampan dan proaktif untuk merealisasikan impian semua warga SMAPL.

Cadangan pembangunan untuk mendirikan sebuah surau baru menggantikan surau Al-Mustaqim adalah melaui dana yang dikumpul melalui konsep wakaf sama ada daripada individu ataupun organisasi. Usaha ini juga diharap akan mendapat pengiktirafan rasmi dan bantuan pihak kerajaan dalam bentuk kewangan, material atau kemudahan prosedur.

Diharapkan pembinaan surau yang lengkap dengan prasarana ini akan dapat berfungsi sebagai pelengkap kepada pendidikan menyeluruh di SMAPL selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan selain menjadi pusat ibadat secara khusus.

2.0 Rasional

SMAP Labu memerlukan surau setaraf dengan sekolah berasrama penuh yang lain.
Surau Al-Mustaqim hanya dapat menampung kira-kira 400 orang jemaah berbanding dengan jumlah keperluan yang
hampir 1000 orang.
Mengatasi masalah menjalankan aktiviti keagamaan yang dijalankan secara berasingan antara pelajar putera dengan puteri kerana keadaan fizikal yang kecil dan sempit.
Menampung keperluan ruang bagi menjalankan program keagamaan sekolah seperti solat hajat, solat tarawih, bacaan yasin, ceramah bulanan dan sebagainya yang selama ini dijalankan di Dewan Bestari atau di tapak / dataran perhimpunan sekolah.
Memartabatkan SMAPL sebagai sebuah sekolah berasrama penuh aliran agama dengan menjadikan surau sebagai mercu tanda.

3.0 Objektif

Mendirikan solat lima waktu secara berjemaah dalam kalangan semua pelajar putera dan puteri selaras dengan program SAQSI (Satu Qiblat Satu Imam).
Menjalankan aktiviti keagaamaan untuk semua pelajar putera dan puteri secara serentak.
Menjadikan tempat menunaikan solat jumaat lebih selesa.
Menampung bilangan jemaah warga SMAPL mendirikan solat Jumaat yang terdiri daripada para pelajar, guru, staf sokongan, pekerja, ahli keluarga warden dan para penjaga.
Menjalankan kelas fardu ain dan kelas amali Pendidikan Islam.
Menjalankan kursus-kursus sepert kursus Imam, Bilal, Khatib Jumaat, pengurusan jenazah, naqib dan naqibah dan
sebagainya.
Memberi keselesaan kepada ibu bapa dan penjaga mendirikan solat apabila menziarahi anak-anak mereka.
Melaksanakan program perdana sekolah bersama ibu bapa seperti bacaan yasin dan solat hajat.
Dapat melaksanakan program perdana yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran seperti Nadwah Kepimpinan Islam
Sekolah Berasrama Penuh, Ihtifal SMKA dan sebagainya dengan lebih efisien.
Menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

4.0 Konsep Kesenibinaan

Adalah menjadi hasrat pihak sekolah menjadikan surau baru ini sebagai tempat beribadah yang selesa yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas bagi kegunaan para pelajar dan seluruh warga sekolah serta menjadikan ia suatu mercutanda bagi melambangkan keagungan dan kesucian agama Islam.

Keagungan dan kesucian agama Islam dapat dizahirkan secara simbolik dalam aspek kesenibinaan, antaranya :

Warna Putih : melambangkan kesucian agama Islam.
Rupabentuk : senibina kontemporary dan simple melambangkan agama Islam yang bersifat mudah(simple) dan universal.
Hiasan Geometri : perancangan yang teliti, tertib serta kesungguhan
Arca : kehalusan, keikhlasan budi pekerti dan ketegasan
Mukarnas : kehalusan jiwa serta kesabaran
Pancutan Air : keindahan dan ketenangan.

5.0 Tapak Cadangan
Tapak surau baru dua tingkat yang dicadangkan ini terletak di atas tapak surau sediada yang mempunyai keluasan yang terhad iaitu lebih kurang 0.8 ekar. Kedudukannya yang strategik dan terletak di atas kawasan tinggi serta di apit oleh bangunan sekolah dan asrama. Ianya bersebelahan dengan jalan utama yang akan membolehkan surau tersebut menjadi "focal point" dan mercutanda bagi SMAP Labu.


6.0 Kemudahan

Surau dua tingkat ini dibangunkan dengan anggaran kos sebanyak RM 2.5 juta beserta prasarana dengan kapasiti maksimum 1000 orang jemaah. Ia terdiri daripada beberapa bahagian iaDewan Sembahyang Utama : bertempat ditingkat bawah boleh menampung 500 orang jemaah.
· Dewan Sembahyang (Lantai Mezanine) : bertempat di tingkat atas boleh menampung 500 orang jemaah.
· Ruang Mimbar : Dihiasi ukiran mukarnas serta ayat-ayat suci Al Quran.
· Mehrab Imam : 900mm tinggi dari paras lantai.
· Bilik Imam : untuk kegunaan imam sebelum dan selepas solat & khutbah.
· Bilik PA Sistem : menempatkan peralatan sistem pembesar suara.
· Bilik Musyawarah/ Perpustakaan : untuk kegunaan JK bermesyuarat dan bilik bacaan.
· Tandas Lelaki dan Perempuan : ditempatkan dibahagian belakang dan tidak sebumbung dengan dewan sembahyang.
· Ruang Berwuduk : terletak di kawasan lapang bahagian belakang surau.
· Wakaf : tempat beristirehat
· Kabinet "Built – in" : untuk menyimpan al Quran.
· Pancutan Air : bertempat di pintu masuk utama.
· Dataran : laluan pejalan kaki jubin bercorak dan dihiasi pokok-pokok.
· Stor : tempat menyimpan keperluan surau.
· Kerja-Kerja Lanskap : lembut dan keras.

7.0 Sumber Dana Pembangunan

7.1 Sumber dana
7.1.1 Dana khas PIBG iaitu Dana Surau berjumlah RM 35,000.00.
7.1.2 Derma orang ramai dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.
7.1.3 Wakaf Individu dan Organisasi.
7.1.4 Kutipan daripada Persatuan Bekas Pelajar (IKMAL).

12.0 Anggaran Perbelanjaan

RM 2,500,000.00


13.0 Harapan

Adalah diharapkan cadangan membina surau baru ini akan dapat dilaksanakan demi membina genarasi pelajar yang seimbang dari segi rohani dan intelek serta mampu memartabatkan agama Islam yang tercinta.


Cara Sumbangan
Pihak kami menerima segala sumbangan dan jualan wakaf dalam bentuk cek @ wang tunai. Sumbangan dalam bentuk cek hendaklah ditulis atas nama JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU BARU SMAP LABU dan dihantar ke alamat sekolah. Manakala dalam bentuk wang tunai boleh dimasukkan ke dalam akaun BANK ISLAM yang bernombor 05-012-01-006384-5 atau diserahkan kepada bendahari. (Ustazah Salwa bt Sheikh Ahmad).

Hubungi:
Dr. Wn Azhr Wan Ahmad - H/P 019-2644496 (Pengerusi)
Ust. Mohd Nasaruddin Mohd Hassim - H/P 0136306951 (Setiausaha)
Ustz. Salwa Sheikh Ahmad - H/P 019-3514437 (Bendahari)

Isnin, 7 Disember 2009

Hadis Nabi s.a.w

Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan bahawa berdoa agar Allah kenakan tindakan kepada yang patut menerima doa sedemikian rupa adalah diizinkan.
Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:
Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya. Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”. Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.
Dalam hadis ini, ungkapan Nabi s.a.w yang seakan doa itu telah membimbangkan anak yatim tersebut. Namun, Nabi s.a.w. akur sebagai insan yang bukan malaikat, hal-hal keinsanan itu mungkin berlaku kepada baginda.
Maka baginda meminta agar doa keburukan baginda kepada mereka yang tidak layak bertukar menjadi kebaikan. Dalam ertikata lain, jika layak dengan mereka maka ia akan mengenai orang tersebut. Sikap mulia Nabi s.a.w juga menunjukkan baginda mengakui kesilapan insani itu dan memohon agar ditukar doa baginda kepada kebaikan.
Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.
Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.
Doa-doa di atas jika kita lihat tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Penilaian zalim itu sendiri kadang kala dipengaruhi emosi, atau kita juga lupa ada kesalahan kita juga dalam kes yang kita rasa kita dizalimi.
Maka dengan cara menyebutnya berlapik kata, ia lebih santun dan Allah Maha Mengetahui. Manusia boleh membuat berbagai andaian terhadap doa, tetapi Allah Maha Mengetahui doa siapakah yang layak diterima dan siapakah pula yang mencapai ‘darjat zalim’ yang melayakkan doa orang dizalimi itu mustajab lantas menimpanya.
Berhati-hatilah yang berdoa. Juga lebih berhati-hatilah mereka yang ‘kena doa’ yang telah menzalimi orang lain. Di samping kita berdoa, kita pasrah kepada Allah, kita juga memuhasabah diri sendiri. diambil dari catatan Dr Asri.

Ahad, 6 Disember 2009

SPRM Ada Unsur Penyelewengan?

Kickdefella orang kuat UMNO rupanya.

Syed Azizi yang disifatkannya sebagai "menagih gaji lebih besar daripada bos PMBK" walaupun "bekerja untuk orang lain.""Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi."Lebih-lebih lagi dia mempunyai sokongan yang kukuh dari seorang 'bos lain'. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!" kata anak Nik Abdul Aziz.Beliau juga menuduh Syed Azidi sebagai orang Umno dan "berselindung di sebalik wartawan-wartawan yang berbayar". Tidak cukup dengan itu, isteri Syed Azidi pula turut dikritik kerana "berpakaian daring bagi rakyat Kelantan" - yang, menurut anak tokoh PAS itu, boleh diterima daripada sudut fesyen tetapi berdosa dalam pandangan agama."Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini," tulis Nik Amalina penuh emosi, sambil mendakwa beliau mendengar desas-desus penulis blog itu seorang yang tidak berakhlak Islam."Tetapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk, jika dia benar-benar seorang peminum," katanya lagi.

Doa Nik Aziz

"Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan)," "Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Senarai Blog Matatech